Perlembagaan Kelab Leo

1. NAMA : KELAB LEO SMK SACRED HEART

2. ALAMAT : JALAN OYA , SIBU

3. NO. PENDAFTARAN : REGION 2 ZONE 5 DISTRICT 308-A2

4. MATLAMAT

4.1 Mencungkil kebakatan pelajar.

4.2 Memupuk sifat kepemimpinan pelajar.

5. OBJEKTIF

5.1 Pelajar dapat memupuk sifat kepemimpinan.

5.2 Pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan sosial.

6. KEAHLIAN

6.1 Dibuka kepada semua pelajar sekolah.

6.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan

      mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan aktiviti kelab ini. 

7. GURU PENASIHAT

7.1 Guru penasihat adalah daripada guru sekolah ini.

7.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang,

      melaksanakan atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

7.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti

      dijalankan.

7.4 Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

8. AHLI JAWATANKUASA

8.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak

      dicalonkan sebagai AJK.

8.3 Pemilihan AJK secara undian.

8.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

8.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan

      kepada Guru Penasihat.

8.6 Ahli AJK Kelab hendaklah terdiri :

      Pengerusi

      Naib Pengerusi

      Setiausaha

      N. Setiausaha

      Bendahari

      N. Bendahari

      AJK

9. KEWANGAN

9.1 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

9.2 Ahli-ahli dikehandaki membayar RM1 sebulan kepada bendahari kelab.

10. KEHADIRAN / PENYERTAAN

10.1 Ahli-ahli kelab dikehandaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

11. AKTIVITI

11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk

        pengetahuan ahli. 

12. PERATURAN-PERATURAN

12.1 Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

13. TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi

        peraturan yang ditetapkan. 

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :

13.2.1 Amaran lisan

13.2.2 Amaran bertulis

13.2.3 Gantung keahlian

13.2.4 Pecat keahlian

13.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

13.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan

        kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

14. PINDAAN PERLEBMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau

        pentadbir sekolah secara bertulis. 

14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan

        cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

14.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab dan

        disahkan oleh Pengetua. 

15. PEMBUBARAN PERSATUAN

15.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar

        perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

15.2 Segala hutang wajib dijelaskan baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung

        Tergempar. 

16. HAL-HAL LAIN

16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

Tandatangan:

____________                                  ______________                                    ______________

   Setiausaha                                              Pengerusi                                                Guru Penasihat

  

Kelulusan Penolong Pendaftar Kelab Sekolah,

_________________                                                                         Cop Sekolah : 

          Pengetua 

Tarikh :______________

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s